Langkawi, Mei-
Seorang wanita berdepan detik cemas selepas kereta dipandunya terjunam ke gaung berhampiran pantai setinggi kira-kira 10 meter di Jalan Teluk Yu di sini, pagi semalam.
Kejadian jam 11.35 pagi ketika mangsa, 22, memandu Perodua Axia untuk ke tempat kerjanya di sebuah hotel di Pantai Kok, di sini.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata mangsa cedera ringan pada tangan dan kaki kiri.
“Sejurus melalui selekoh, kereta hilang kawalan dan terbabas lalu jatuh gaung, sebelum tercampak ke pantai.
“Pemandu cedera ringan dan dihantar ke Hospital Sultanah Maliha untuk rawatan,” katanya melalui kenyataan.





















