MAYAT WANITA POSITIF COVID-19 DITEMUI MATI DI RUMAH

Johor, Ogos 7-

Pasukan bomba menemui mayat seorang wanita warganegara Singapura disahkan positif Covid-19 di sebuah rumah di Lorong Serkam, Jalan Bakri di Muar, Johor semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Noralfatah Omar berkata, satu panggilan diterima berhubung kejadian diterima pada 10.46 pagi dan pihaknya terus bergegas ke lokasi yang dimaklumkan.

“Setibanya di lokasi, terdapat seorang wanita, Tan Ah Csee, 80, terperangkap dalam rumah dan anggota bertugas membuka pintu yang terkunci dengan menggunakan peralatan khas. Kami ambil masa lima minit untuk membukanya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, mangsa didapati meninggal dunia dan disahkan positif Covid-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Noralfatah berkata, jiran mangsa mula menyedari kejadian itu apabila panggilan kepada mangsa tidak berbalas, tetapi tidak berani untuk memasuki rumah kerana mangsa positif Covid-19.

Tambah beliau, mayat warga emas itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here