Guru wira sejati bentuk masa depan Malaysia – Anwar

Kuala Lumpur, Mei-

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan para guru sebagai wira sejati dalam membentuk masa depan Malaysia serta sebagai ejen terhebat yang berjuang di medan ilmu dalam memastikan misi pendidikan negara tercapai.

Anwar dalam klip video yang dikongsi di laman Facebook berkata, beliau menghargai semangat guru yang tinggi selaku tunjang utama negara dalam melahirkan generasi Madani, selain membentuk masa depan Malaysia.

“Saya ingin mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga pendidik kita..mengajar kita, mendidik kita menyampaikan ilmu semata-mata untuk melahirkan generasi Madani.

“Teruskan misi menyemai ilmu dengan tulus dan tekad. Kami semua menjadi saksi betapa besarnya jasa guru, andalah wira sejati yang membentuk masa depan Malaysia,” katanya dalam Ucapan Khas Sempena Hari Guru hari ini.

Sementara itu menerusi hantaran di Facebook yang sama, Anwar berkata guru ialah insan mulia yang tidak pernah meminta untuk dipuja, tetapi setiap hari mereka menghembus kesabaran dalam mengukir masa depan anak bangsa dengan penuh kasih sayang.

“Dalam kehidupan ini, siapa pun kita sama ada pemimpin, doktor, jurutera, petani, malah Perdana Menteri sekali pun, semuanya pernah belajar menulis, membaca dan mengira. Segalanya bermula di dalam bilik darjah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here