Kedah henti pembaharuan lesen jual vape

Alor Setar, Mei-

Kedah tidak akan menyambung pembaharuan lesen penjualan rokok elektronik atau vape, yang dikhuatiri turut menjadi satu alat untuk penyalahgunaan dadah.

Menteri Besar Sanusi Md Nor berkata, dalam mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah peringkat negeri semalam, perbincangan turut menyentuh berkaitan penggunaan vape sebagai medium penyalahgunaan dadah sintetik.

“Ada pihak mengambil kesempatan menjual dadah sintetik dalam bentuk cecair yang boleh dihisap menggunakan vape.

“Menghalang jualan vape merupakan satu jalan untuk mengekang penyalahgunaan dadah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco semalam.

Terdahulu, media melaporkan Perlis mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape mulai 1 Ogos.Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata, langkah itu diambil berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada 2022, mengharamkan penggunaan vape.

Sanusi bagaimanapun berkata, tindakan mengharamkan sepenuhnya penjualan vape di Kedah tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa.

“Lesen sedia ada kena matikan dulu sebab pernah ada kes mahkamah untuk kes lain … Takut ada kelompangan terlepas pandang, kita akan disaman,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here