Ibu bapa budak 12 tahun mangsa dera direman 4 hari

Bayan Lepas, Mei-
Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang disyaki didera ibu bapanya di sini, berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, bapa kanak-kanak itu yang berusia 47 tahun kini direman selama empat hari berakhir esok.

“Manakala isterinya yang berusia 49 tahun turut direman selama empat hari berakhir Ahad ini.

“Kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.Semalam, media melaporkan mengenai kanak-kanak malang itu yang cedera dipercayai didera kedua ibu bapanya selain pernah dikurung dalam sangkar anjing.

Kejadian terhadap murid Tahun Enam itu disedari guru kaunseling di sekolah selepas mengesan lebam dan luka di belakang badan mangsa, Isnin lalu.

Sazalee Adam berkata, kanak-kanak terbabit turut mendakwa dikurung dalam sangkar anjing oleh ibu bapanya di rumah mereka di Sungai Ara, di sini

Kanak-kanak itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here