Besut, Jun-
Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menanggung sepenuhnya kos pengebumian jenazah kesemua mangsa yang terkorban dalam kemalangan tragis di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berdekatan Tasik Banding, Gerik di Perak, awal pagi semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Maliaman Kassim, berkata ia termasuk bagi pengurusan jenazah dan proses pengebumian, pengangkutan jenazah dari lokasi kejadian ke kampung halaman mereka, serta sokongan logistik kepada keluarga mangsa yang berada di hospital atau di lokasi.
Selain itu, katanya, kerajaan negeri menggerakkan pasukan sokongan psikososial bagi membantu ahli keluarga mangsa, termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan bantuan segera diperlukan waris.
Beliau berkata, ia sebagaimana yang telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Terengganu, Datuk Satiful Bahri Mamat, pagi semalam.























