‘Saya minta maaf, brek tidak berfungsi’ – Pemandu bas

Kota Baru, Jun –

“Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada semua pelajar dan keluarga mangsa yang terlibat, brek bas tidak berfungsi secara tiba-tiba”.

Demikian luahan pemandu bas, Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39, dalam nada sebak ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau yang berpengalaman memandu bas sejak 2016 ialah pemandu yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Jeli-Gerik, Perak pada Isnin.

Menurutnya, dia tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan keluarga mangsa.

“Jika ada pihak yang ingin mengambil tindakan undang-undang, saya hendak cakap apa lagi.

“Saya cuba melakukan pelbagai cara, namun disebabkan angin bas kosong, semuanya jadi tidak berfungsi termasuk brek tangan manakala gear juga tidak boleh ditukar.

“Saya cuba mengelak kenderaan lain supaya tidak merempuh mereka dan seingat saya, empat kenderaan saya elak termasuk lori sebelum kejadian,” katanya yang kini dirawat di Hospital Taiping.

Mohd Amirul Fadhil memberitahu, kenderaan terakhir yang dia potong adalah kereta yang mempunyai ‘dashcam’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here