Shah Alam, Julai-
Taklimat khas berhubung kejadian letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, Subang Jaya, akan diadakan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Isnin depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata taklimat itu dianjurkan khusus kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor sama ada daripada blok kerajaan mahupun pembangkang.
“Saya memohon Speaker DUN Selangor supaya memberi kerajaan ruang untuk menjelas dan menerangkan isu berkenaan.
“Kerajaan negeri berdiri atas prinsip kebertanggungjawaban, ketelusan dan akauntabiliti. Kita menjunjung penuh prinsip dan mandat rakyat,” katanya dalam hantaran melalui Facebook rasmi beliau, hari ini.






















