Lebih 2,000 lagi doktor kontrak diserap tetap – Dr Zaliha

Ipoh, Okt 21.
Seramai 2,083 lagi pegawai perubatan kontrak akan diserap ke perjawatan tetap menjelang Disember tahun ini.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, sebahagian penempatan pegawai perubatan kontrak berkenaan telah selesai dilaksanakan pada akhir bulan Julai lalu.

Menurutnya, jumlah itu merupakan sebahagian daripada 12,800 perjawatan tetap diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023.

“Kita telah mendengar bahawa diberikan perjawatan tetap itu 12,800 untuk tiga tahun berturut-turut. Insya-ALLAH dengan kerjasama SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam), kita pula akan uruskan untuk menawarkan pelantikan tetap untuk 2,083 lagi tambahan pegawai perubatan kontrak ke tetap.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here