Iskandar Puteri, Julai-
Sebuah helikopter polis jenis AS355N terpaksa melakukan pendaratan kecemasan berhampiran jeti Sungai Pulai awal hari ini.
Difahamkan lima kru helikopter berkenaan termasuk juruterbangnya sedang mengambil bahagian dalam Latihan Operasi Maritim Malaysia-Indonesia-Thailand-Singapura (MITSATOM) 2025.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan kejadian itu membabitkan helikopter jenis AS355N yang berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang pada jam 9.51 pagi tadi.
Juruterbang dan empat penumpang yang berada dalam helikopter itu berjaya diselamatkan Pasukan Polis Marin (PPM) dan dibawa ke jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).Sementara itu, CAAM dalam kenyataan berkata, helikopter yang terbabit dalam kejadian berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah, pagi tadi itu adalah jenis AS355N dengan nombor pendaftaran 9M-PHG.
Katanya, helikopter itu dikendalikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang pada jam 9:51 pagi dengan lima penumpang termasuk juruterbang.
“Semua lima mangsa diselamatkan PPM dan dibawa ke jeti Maritim Malaysia di Johor Bahru.
“Mangsa dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk pemeriksaan dan rawatan perubatan.




















