Pemandu lori maut ditetak kejam

Kulim, Feb.
Sebuah kedai kopi di Kulim berdepan dengan detik kecemasan pada petang semalam dengan kekecohan pembunuhan seorang pemandu lori

Pemandu lori itu maut dipercayai dibunuh di sebuah kedai kopi di Taman Damai, dekat Padang Serai, di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 petang apabila mangsa, 27, dikatakan diserang dua lelaki bersenjatakan parang dan sabit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Saffuan Md Noor berkata, mangsa dikejar dua suspek dari luar kedai kopi sebelum ditetak ketika cuba melarikan diri dengan memasuki premis terbabit.

“Mangsa rebah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian dan pemeriksaan mendapati mangsa luka parah kesan serangan senjata tajam pada tangan, dada, belakang badan dan muka,” katanya melalui kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here