Ipoh, Okt-
Seramai 11 pekerja sebuah kilang di Bandar Proton City, Tanjong Malim mengalami sesak nafas dan pedih mata selepas terdedah kepada tumpahan bahan kimia jenis isosianat, tengah hari tadi.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata sembilan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 2.42 petang.
“Siasatan mendapati kebocoran berlaku pada sistem paip, menyebabkan kira-kira 15 liter bahan kimia tertumpah.
“Semua mangsa dihantar ke klinik berhampiran sebelum pasukan bomba tiba,” katanya dalam kenyataan hari ini.




























