35,446 hilang kerja sejak Januari

35,446 hilang kerja susulan penutupan operasi kilang, syarikat sejak Januari

Kuala Lumpur, Julai-
Seramai 35,446 individu hilang pekerjaan sepanjang tempoh Januari hingga 4 Julai lalu susulan penutupan operasi kilang dan syarikat di seluruh negara.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, berkata jumlah itu adalah berdasarkan data direkodkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Bagaimanapun dalam tempoh sama, beliau berkata, PERKESO berjaya melaksanakan 94,262 penempatan pekerjaan membabitkan mereka yang kehilangan pekerjaan serta pencari kerja baharu.

“PERKESO melaksanakan program intervensi awal sebaik saja mengetahui syarikat akan menutup operasi atau mengecilkan saiz tenaga kerja.

“Program itu bertujuan memastikan pekerja yang terjejas, diberi peluang baharu untuk terus menjana pendapatan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Seri Dr Richard Riot anak Jaem (GPS-Serian) yang disiarkan laman sesawang Parlimen, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here