Pengguna WCE dinasihat rancang awal perjalanan

Kuala Lumpur, Feb-

Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dijangka mengalami peningkatan trafik dengan lebih 160,000 kenderaan diunjurkan sehari mulai esok hingga Ahad.

Ia susulan Sambutan Tahun Baharu Cina yang akan melabuhkan tirai, serentak dengan berakhirnya cuti persekolahan dan ketibaan awal Ramadan.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Strategik & Libat Urus WCE, Syed Mohammed Idid, berkata jumlah trafik harian berpotensi melebihi 160,000 kenderaan sehari, dengan kesesakan ketara dijangka dari pertengahan petang hingga lewat malam di laluan menghala masuk ke Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

“Oleh itu, pengguna disaran merancang lebih awal bagi memastikan perjalanan pulang lancar dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here