Polis tembak mati Ketua geng samun

Kuala Lumpur, Ogos-
Ketua kumpulan jenayah yang mempunyai 44 rekod jenayah lampau maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Bukit Tunku di sini, awal pagi tadi.

Kejadian pada jam 4.10 pagi itu diAjalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama-sama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menerusi operasi khas Op Api KL 3 2025.

Pemangku Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus, berkata suspek adalah lelaki warga tempatan dipercayai aktif dalam kegiatan samun dan aktiviti pengedaran dadah.

“Suspek yang ditembak mati dipercayai ketua atau dalang utama kumpulan yang aktif dalam kegiatan pecah rumah dan dadah sejak tahun lalu di Kuala Lumpur, Perak serta Selangor.

Fadil berkata, kejadian tembakan berlaku ketika suspek sedang melakukan pemantauan di kawasan berkenaan dipercayai untuk mencari sasaran kediaman untuk di samun.

“Ketika cubaan memintas, berlaku berbalas tembakan mengakibatkan suspek maut di tempat kejadian dan terdapat beberapa kesan tembakan pada kenderaan polis.

“Semakan mendapati kenderaan berkenaan menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dipercayai diseludup masuk dari negara luar,” katanya.

Siasatan mendapati geng terbabit menyasarkan rumah atau pusat perniagaan yang mempunyai peti keselamatan, bar emas dan wang tunai selain dipercayai menyamar sebagai polis.

“Kita percaya kumpulan (geng) turut terbabit dalam sindiket pengedaran dadah dan disyaki mempunyai belasan anggota dan usaha mengesan saki baki ahli mereka akan diteruskan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here