Mayat wanita reput ditemukan dalam rumah di Chemor

 

Ipoh, Ogos-

Mayat wanita dalam keadaan reput ditemukan di sebuah rumah di Taman Klebang Jaya, Chemor di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mayat itu ditemui oleh seorang lelaki yang juga ejen syarikat penapis air dan penyaman udara kira-kira jam 4.25 petang.

“Pengadu memaklumkan terdapat mayat dalam keadaan reput disyaki wanita, yang dilihat melalui tingkap rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Justeru, beliau berkata pihak forensik telah dimaklumkan berkenaan insiden itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here