Dua beradik lemas: Bapa, teman wanita direman

Seremban, Sep-
Lelaki dan wanita yang terbabit dalam insiden dua kanak-kanak lemas selepas kereta dinaiki menggelongsor ke dalam Sungai Linggi, Tanjung Agas, Port Dickson, semalam, direman tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, perintah reman terhadap bapa kepada kanak-kanak berkenaan dan wanita itu dikeluarkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

“Mahkamah membenarkan kedua-dua individu ini direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 11 September.

“Setakat ini siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, Maslan berkata, wanita berusia 41 tahun terbabit yang berada dalam kenderaan bersama mangsa yang juga dua beradik berusia enam dan lapan tahun disahkan bukan ibu kandung mereka.

Menurutnya, wanita itu adalah teman wanita kepada bapa mangsa dan usaha mengesan ibu kandung mereka sedang dilakukan

“Status hubungan bapa dan ibu kandung kanak-kanak terbabit masih belum dapat dipastikan, sama ada mereka masih suami isteri atau sudah berpisah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here