Kes bunuh diri meningkat – Dr. Dzulkefly

Kuala Lumpur, Sep-
Statistik menunjukkan kes bunuh diri di negara ini terus meningkat daripada 981 kes pada tahun 2022 dan 1,087 kes pada tahun 2023 kepada 1,114 kes tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, setiap nyawa yang terkorban meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga mereka.

“Marilah kita bersama menghapuskan stigma, menanamkan empati dan membina harapan. Ingatlah bahawa bantuan sentiasa ada.

“Hubungi Talian HEAL 15555 untuk sokongan segera. Kerajaan akan terus komited memperkukuh kesejahteraan mental rakyat kerana setiap nyawa amat berharga,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Dr. Dzulkefly berkata, sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2025, kerajaan mengambil langkah bersejarah dengan menyahjenayah cubaan bunuh diri di Malaysia.

Menurut beliau, pemansuhan Seksyen 309 Kanun Keseksaan bermakna individu yang cuba membunuh diri tidak lagi dihukum penjara atau denda.

Jelas beliau, individu terlibat sebaliknya dirujuk untuk rawatan dan sokongan kesihatan mental yang merupakan pendekatan kesihatan awam lebih berperikemanusiaan seiring aspirasi Malaysia Madani.

Tambah beliau, sebagai sebahagian pelaksanaannya, kerajaan memperkenalkan Pegawai Intervensi Krisis (PIK) yang terdiri daripada pihak polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here