Gula-gula salut dadah dijual serendah RM5

Kuala Lumpur, Sep-
Makanan ringan termasuk gula-gula yang disaluti dadah seperti ganja yang biasanya dipasarkan di negara jiran kini dipercayai dijual secara haram di Malaysia dengan kanak-kanak dijadikan sasaran utama.

Mendedahkan perkara itu, Presiden Majlis Penggunaan Bahan Terlarang (MASAC), Ahmad Lutfi Abdul Latiff berkata produk yang menggunakan pelbagai nama itu dijual dengan harga serendah RM5.

“Sebelum ini penjualannya hanya secara dalam talian tetapi sekarang dah masuk jualan runcit.

“Kebanyakan produk makanan ringan yang disalut dengan dadah ini diseludup dari negara jiran,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkaitan isu penagihan dadah dalam kalangan kanak-kanak yang semakin membimbangkan dengan ada sebahagiannya mula terjebak seawal sekolah rendah pada usia 10 tahun.

Zahid berkata antara punca ketagihan dalam kalangan bawah umur adalah taktik pengedar yang memberikan gula-gula mengandungi dadah secara percuma.

Mengulas lanjut, Lutfi berkata bagi menangani isu itu pihak berkuasa termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) perlu bertindak segera termasuk bekerjasama dengan NGO berkaitan dadah seperti MASAC.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here