Syed Saddiq didakwa esok atas tuduhan penyelewengan dana parti politik

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan didakwa di mahkamah esok atas pertuduhan menyelewengkan dana sebuah parti politik membabitkan jumlah RM1.12 juta. Bekas menteri belia dan sukan itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta Kuala Lumpur pada 9 pagi.

Perkara itu disahkan oleh peguam Haijan Omar kepada Malaysiakini, yang akan mewakili Syed Saddiq bersama peguam Gobind Singh Deo. Terdahulu,Harian Metromelaporkan seorang “bekas menteri” akan menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.

Laporan itu tidak menyebut nama bekas menteri berkenaan. Syed Saddiq sebelum ini merupakan menteri belia dan sukan ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, dan juga ketua pemuda Bersatu pada masa itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here