Rundingan bebas sukarelawan GSF-Anwar hubungi pihak berkepentingan

Kuala Lumpur, Okt-
Anwar Ibrahim dan pasukannya giat berhubung dengan pihak berkepentingan, termasuk melalui saluran diplomatik bagi memastikan sukarelawan Malaysia, Asean dan antarabangsa yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) dibebaskan segera.

Perdana menteri berkata, perkembangan proses pembebasan itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Kepada ahli keluarga semua aktivis dan sukarelawan, semoga terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi detik mencabar ini.

“Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa agar semua tahanan, khususnya warga Malaysia, berada dalam keadaan selamat dan terpelihara,” katanya dalam catatan Facebook.

Anwar turut berkongsi video perbualan beliau dengan Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Sani Araby Abdul Alim Araby yang memaklumkan perkembangan terkini misi GSF.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here