Mahathir letak jawatan, kemudian dilantik semula sebagai PM interim

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, atas nasihat Dr Mahathir, membatalkan pelantikan timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik berkuat kuasa semalam.

Banyak perkara lain turut berlaku, berpunca daripada kemelut politik yang berlaku sejak semalam di ibu negara dan Petaling Jaya di tengah-tengah desas-desus berhubung cubaan untuk membentuk kerajaan pakatan baharu untuk menggantikan Pakatan Harapan (PH).

Dr Mahathir turut meletak jawatan sebagai pengerusi Bersatu, satu daripada empat parti komponen PH, yang kemudiannya keluar daripada pakatan itu.

PKR, satu lagi parti komponen, mengadakan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat dan memecat Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Zuraida Kamaruddin berhubung peranan mereka yang didakwa cuba menjalin kerjasama dengan parti pembangkang dan mengugat kestabilan PH.

Malah tatkala PKR mengumumkan pemecatan itu,  Azmin berkata beliau dan 10 lagi MP PKR telah meninggalkan parti itu bagi membentuk sebuah blok Bebas di Parlimen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here