Trump tiba di Malaysia Ahad ini – Fahmi

Kuala Lumpur, Okt-
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijadual tiba di Malaysia Ahad ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang diadakan di ibu negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata, pengesahan kehadiran Presiden Amerika Syarikat itu telah dimaklumkan sewaktu Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas.

“Sah Donald Trump akan tiba di Malaysia pada 26 Oktober dan sekiranya ada sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Luar,” katanya pada sidang media selepas meninjau Pusat Media Antarabangsa dan Pusat Penyiaran Antarabangsa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here