Mayat lelaki ditemui dalam longkang

Kuala Lumpur, Okt-
Polis meminta bantuan orang awam bagi mengesan waris kepada seorang lelaki yang ditemui mati dalam longkang berhampiran Lebuhraya Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK), Sungai Ramal Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu kira-kira jam 2.22 petang semalam.

“Pemeriksaan mendapati mayat lelaki yang tidak dapat dipastikan bangsanya itu memakai baju biru dan berseluar pendek tanpa memakai kasut.

Tiada sebarang senjata atau barangan peribadi dijumpai di kawasan sekitar, manakala keadaan mayat tidak sempurna dan mula membusuk,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Naazron berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi menunjukkan kira-kira jam 6.03 petang, Ahad lalu, seorang individu dilihat berjalan kaki di tepi lebuh raya sebelum memanjat tembok besi di atas jalan dan terjatuh ke dalam longkang.Mayat berkenaan kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat.

Hasil bedah siasat yang dijalankan hari ini mengesahkan punca kematian ialah kecederaan akibat terjatuh dari tempat tinggi.

“Identiti si mati masih belum dikenal pasti, namun terdapat tatu berbentuk kompas dengan anak panah serta tulisan ‘JOSEPH’ pada lengan kiri,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here