Jualan Pokok bunga Taman Tasik Titiwangsa-Palsu

Kuala Lumpur, Okt–

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan tiada agihan pokok bunga percuma di Taman Tasik Titiwangsa di ibu negara selepas penganjuran KL Park Festival 2025.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, dakwaan di media sosial konon terdapat pemberian pokok bunga secara percuma di kawasan Taman Tasik Titiwangsa adalah tidak benar.

“Untuk makluman, kerja-kerja pembersihan dan pengalihan tanaman hiasan sedang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik sebagai sebahagian daripada proses penutupan acara tersebut.

“Tiada sebarang agihan pokok bunga kepada orang awam dibenarkan,” kata kenyataan itu hari ini.

DBKL berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memasuki kawasan berkenaan tanpa kebenaran serta tidak mengambil sebarang tanaman atau bahan hiasan di tapak festival.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here