Johor Bahru, Feb-
Polis sedang mengenal pasti individu yang disyaki menjual bunga api dalam kejadian letupan di Taman Damai Jaya, Bukit Siput, Segamat Selasa lalu sehingga menyebabkan seorang lelaki cedera parah.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, keterangan daripada individu berkenaan adalah penting bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 6 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957.
“Berdasarkan siasatan awal, bunga api tersebut dipercayai dibeli secara tidak sah dan tidak termasuk dalam senarai bahan letupan yang dibenarkan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Johor dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.




















