Lelaki ditemui mati dalam rumah berkunci

Taiping, Jan-
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping membantu polis mengeluarkan satu mayat seorang lelaki yang ditemui dalam sebuah rumah yang berkunci di Jalan Aulong, Kampung Boyan, semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail, berkata pihaknya menerima laporan penemuan mayat itu sekitar tengah hari daripada orang awam.

Menurutnya anggota bomba tiba pada jam 1.42 tengah hari dan menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu berkenaan.

“Siasatan awal mendapati simati berusia 44 tahun dan tinggal seorang diri. Dia disahkan meninggal dunia akibat penyakit kencing manis kronik dan tiada unsur jenayah dikesan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here