Lelaki serang warga emas dihukum penjara 4 bulan

 

Shah Alam, Feb-

Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara empat bulan ke atas seorang ahli perniagaan selepas menyemak semula hukuman Mahkamah Majistret berkaitan kes serangan terhadap seorang warga emas bulan lalu.

Insiden itu tular selepas rakaman videonya tersebar luas.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan hukuman penjara tersebut terhadap Saiful Adli Yusof, 52, dalam prosiding semakan semula membabitkan dua pertuduhan, iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah terhadap Liew Khoon Foo, 70.

Mahkamah menggunakan Seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah untuk membatalkan denda RM5,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret pada 10 Feb.

“Anda dijatuhi hukuman penjara empat bulan bermula hari ini. Bagi kedua-dua pertuduhan, hukuman itu berjalan serentak,” kata Aslam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here