Kes tembak di Durian Tunggal -Polis tunggu arahan AGC

Kuala Lumpur, April –

Polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung insiden tembakan yang mengorbankan tiga individu di Durian Tunggal, Melaka pada November lalu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, siasatan kes itu sudah lengkap dan kini menunggu semakan serta arahan lanjut daripada pihak AGC.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara minggu lalu dan kita kini menunggu arahan serta nasihat lanjut daripada mereka. Perkara itu kini dalam kajian pihak Jabatan Peguam Negara,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here