Dokumen ‘JPJandora’ akan disiasat oleh Pasukan Petugas Khas

Kementerian Pengangkutan telah dimaklumkan tentang dakwaan kemungkinan
berlakunya kekurangan tadbir urus berkenaan pendaftaran nombor plat klasik oleh
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Susulan maklumat tersebut yang terkandung dalam dokumen “JPJandora Papers”
saya telah mengetengahkan perkara tersebut dalam mesyuarat pasca kabinet hari ini dan mengarahkan penubuhan sebuah Pasukan Petugas Khas di Kementerian
Pengangkutan yang turut akan dianggotai oleh Unit Integriti kementerian.

Pasukan Petugas Khas tersebut telah diamanahkan untuk menyiasat dakwaan
tersebut dan juga mengesyorkan penambaikan untuk memperkasakan ketelusan
proses pendaftaran nombor plat klasik.

Dalam mesyuarat hari ini, saya juga telah mengarahkan JPJ untuk memperbaiki
sistem JPJeBid yang menghadapi kekangan kapsiti pada waktu puncak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here