Kuih Cempedak Mahal, Peniaga Dibunuh

Taiping, Sep 16.
Seorang peniaga maut dalam pergaduhan dengan pelanggan di gerai miliknya berhampiran kedai serbaneka di Assam Kumbang, di sini, Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, berkata berikutan itu, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an bagi membantu siasatan.

Peniaga itu dikatakan berang akibat ditegur kerana menjual cempedak goreng pada harga mahal.
Difahamkan, kejadian berpunca daripada mangsa berusia 50-an yang juga peniaga cempedak dan pisang goreng yang menengking pelanggannya kerana menegurnya menjual terlalu mahal.

Susulan tindakannya itu, berlaku pergaduhan membabitkan mangsa dan pelanggannya sehingga menyebabkan dia maut dipukul di lokasi kejadian.Turut dirampas, sebuah topi keledar dan tiga batang kayu yang telah patah, katanya dihubungi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here