PM hanya Melayu idea aparteid, kata kumpulan peguam

Kuala Lumpur, Dis 15.
Kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty mengecam cadangan seorang Ahli Parlimen pembangkang untuk menghalang individu bukan Melayu menjadi perdana menteri.

Pengarah LFL, Zaid Malek, berkata cadangan itu umpama satu bentuk aparteid kerana ia membenarkan perkauman dalam Perlembagaan Persekutuan. Zaid berkata, sebarang usaha untuk mengehadkan jawatan perdana menteri kepada satu kaum sahaja akan ditolak oleh mahkamah kerana ia bakal “melanggar” Perlembagaan.

Katanya, terdapat cukup perlindungan mengenai kedudukan orang Melayu dan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.“Malaysia mungkin tidak akan mempunyai kewibawaan moral lagi untuk bersuara di pentas antarabangsa, sama ada tentang Palestin atau perkara lain jika pindaan seumpama itu dilakukan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here