Bangi, Dis 15.
Tiada keperluan kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menghalang individu bukan Melayu menjadi perdana menteri seperti dicadangkan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Perdana menteri Anwar Ibrahim kata.
Beliau berkata, sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga hari ini calon perdana menteri adalah orang Melayu.
“Selepas ini calon daripada kerajaan pun Melayu, calon pembangkang pun Melayu. Jadi maju terus, hak rakyat, kewarganegaraan kita pelihara, jaga kepentingan semua rakyat, semua kaum dan semua wilayah,” katanya ketika ditemui selepas solat Jumaat di Surau Al-Kauthar Bandar Baru Bangi.





















