Motosikal terbabas ke parit dalam pembinaan Seorang maut

Melaka, Jan 04.
Seorang maut, manakala dua lagi cedera selepas motosikal ditunggangi mereka terbabas ke dalam parit yang sedang dalam pembinaan di Jalan Bukit Katil, awal pagi ini.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Mohamad Hamdan Sudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.49 pagi sebelum seramai sembilan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi untuk operasi menyelamat.

“Kita berjaya mengeluarkan tiga mangsa yang terjatuh di dalam parit sebelum pegawai perubatan mengesahkan seorang mangsa berusia 20 tahun meninggal dunia dan dua lagi berusia 21 dan 50 tahun cedera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here