Kuala Lumpur, Jan 04.
Seorang lelaki direman seminggu kerana disyaki memukul anak lelaki berusia tiga tahun selepas berang mangsa terkencing di sofa, dalam kejadian di Taman Putra Damai, Lembah Subang.
Ketua Polis Petaling Jaya Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, berkata dalam kejadian 11.50 pagi, Ahad lalu, lelaki itu juga gagal mengawal kemarahannya lalu turut memukul isterinya berusia 27 tahun.
Katanya, susulan itu isteri suspek dan kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan fizikal.
Polis menerima laporan kejadian dan sudah menahan suspek. Lelaki itu direman bermula kelmarin hingga 7 Januari ini bagi membantu siasatan.
Siasatan mendapati punca kejadian itu kerana anaknya terkencing di sofa ruang tamu, katanya.



















