Petaling Jaya, Mac.
Rafidah Aziz membidas kelakuan Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, susulan kontroversi yang tercetus daripada penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Sebelum ini, Akmal menolak permohonan maaf daripada rangkaian kedai serbaneka, KK Mart, selepas tular gambar stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah kedai KK Mart tular di media sosial. Akmal menyeru boikot dan berkata beliau sanggup hilang jawatan untuk pertahan Islam.
Negara tidak perlukan pengapi kerana ia akan memecah-belahkan rakyat. Beliau berkata kerajaan harus pastikan ketegangan tidak meruncing. “Ada banyak isu mendesak yang perlu ditangani dan diurus,” tegasnya. “Tindakan sedang diambil maka jangan biar mana-mana orang pun memainkan isu ini untuk politik. Cukup-cukuplah.”katanya kepada FMT.
Gambar stoking yang dimuat naik di media sosial pada Rabu lalu mencetuskan kemarahan orang Islam. Pada Sabtu, KK Mart memohon maaf dan menyatakan kekesalan atas kejadian itu.
Bagaimanapun, pada Rabu, Akmal berkata beliau akan terus mendesak pemboikotan KK Mart walaupun dinasihatkan tidak memanjangkan isu itu.
Katanya, permohonan maaf KK Mart tidak mencukupi. Pemuda Umno sebelum ini mendesak KK Mart memasang kain rentang memohon maaf di semua 881 cawangannya.



















