Kehidupan Sengsara Di Rumah Pondok

Port Dickson –

Sepasangan suami-isteri India hidup dalam keadaan amat menyayat hati di sebuah pondok kecil dekat Port Dickson.

M. Ravichandran (42 Tahun), Nandini (29 Tahun) membina sebuah pondok buruk di tengah-tengah sebuah kebun di Seginting. Pemilik kebun itu  seorang pemurah hati dengan relanya mengizinkan pasangan itu tinggal di kawasan dia.

Walaupun sudah ada suatu pondok untuk tinggal, suami isteri itu menderita kerana tidak ada pendapatan yang tentu untuk mengisi perut mereka. Oleh kerana kedua-dua belah kakinya telah dipotong, dia tidak dapat bergerak untuk mencari duit.

Dah tujuh tahun lepas dia kehilangan kaki kirinya kerana dipotong atas sebab jangkitan kuman semasa dia berkerja sebagai pembancuh Simen di tempat kerjanya. Tahun lepas kaki sebelah kananya pula dipotong kerana penyakit kencing manis. Tambahan pula dia menghidap penyakit-penyakit buah pinggang , masalah jantung dan sebagainya.

Untuk mendapatkan rawatan dia harus pergi 3 kali seminggu ke Hospital Port Dikson dan untuk ambil kereta sewa untuk itu dia kena setiap kali dia kena belanja RM100 bagi perbelanjaan itu.

Isterinya Nandini berkerja sebagai pembantu rumah di beberapa rumah di daerah Port Dickson. Dengan itu dia dapat pendapatan RM 200 atau RM300. Itulah sumber pendapatan keluarga  itu. PERKESO pula bagi RM400 setiap bulan kepada keluarga malang itu. Pasangan itu telah membuat permohonan untuk dapatkan sebuah rumah sewa di rumah PKR disitu.

Pasangan itu membelah satu bayi sebagai anak angkat mereka. Untuk menampung keperluan harian mereka mencari barngan lusuh dan menjualnya untuk dapat duit. Dengan pendapatan itu mereka boleh bagi sewa untuk rumah pondok  kebun itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here