Kuala Lumpur, Jan-
Seorang maut manakala empat lagi cedera dalam kejadian tembak di kawasan perairan berhampiran pantai Morib, Kuala Langat, Selangor, awal pagi tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata setakat ini identiti individu terbunuh itu belum dikenalpasti manakala empat yang cedera dipercayai warga Indonesia.
“Mangsa terdiri daripada lima lelaki di mana seorang daripada mereka disahkan mati di tempat kejadian, manakala empat lagi mengalami kecederaan.





















