CNY -Kabinet setuju diskaun tol 50%

Kuala Lumpur, Jan-

Jemaah Menteri bersetuju memberikan potongan tol 50% sempena Tahun Baharu Cina, kata Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata inisiatif itu akan bermula 12.01 tengah malam 27 Jan (Isnin) yang berakhir 11.59 malam keesokannya itu terhad bagi kenderaan persendirian kelas satu.

Menurutnya, diskaun itu terpakai kepada semua plaza tol kecuali sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

“Implikasi kewangan ditanggung kerajaan bagi membayar balik pampasan kepada syarikat konsesi tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM20.08 juta,” kata Nanta dalam kenyataan.Nanta turut menjelaskan pengumuman sebelum ini berkait pemberhentian pengecualian tol pada musim perayaan yang berakhir pada Krismas Disember lalu berdasarkan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri, 20 Dis lalu.

Bagaimanapun, mesyuarat hari ini bersetuju memberikan diskaun tol 50% sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025.

“Ia agenda kerajaan dalam menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat didukung kedudukan kewangan yang kukuh hasil dari program rasionalisasi subsidi serta peningkatan pelaburan dan perdagangan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here