Kuala Lumpur, Feb-
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan semalam ini menyampaikan bantuan kewangan berjumlah RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India bagi memperkasakan sektor koperasi masyarakat itu di negara ini.
Enam koperasi menerima bantuan berupa geran berjumlah RM175,600 menerusi Bantuan Bakti Madani manakalah dua lagi koperasi menerima bantuan berjumlah RM1.225 juta menerusi Pembiayaan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM).
Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Cura Geran Bantuan dan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia di sini, Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Beliau berkata penyerahan bantuan kewangan itu juga adalah tindakan susulan daripada Persidangan Koperasi Komuniti India 2024 (PKKI 2024) pada 13 Okt tahun lepas yang menghimpunkan lebih 200 koperasi komuniti berkenaan.
“Kalau kita lihat, memang persidangan (PKKI) mendapat sambutan tetapi hanya 17 permohonan (bantuan kewangan) daripada koperasi yang diterima. Ini sememangnya agak rendah jika dibandingkan dengan jumlah lebih 200 (anggota) koperasi yang hadir.
“Dari jumlah itu (17 permohonan), hanya enam koperasi telah diluluskan bantuan di bawah Bantuan Bakti Madani dengan selebihnya masih dalam pertimbangan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM),” katanya.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SKM Datuk Rusli Jaafar dan pengurusan tertinggi SKM.


















