PM ucap selamat menyambut Good Friday, Easter Sunday

Kuala Lumpur, AprPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Good Friday dan Easter Sunday kepada semua penganut Kristian yang meraikannya.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar turut mengajak seluruh rakyat untuk menyemai semangat kasih sayang serta saling menghargai dengan menyampaikan ucapan yang bermakna kepada rakan-rakan yang menyambut perayaan ini.

“Semoga keharmonian yang kita kecapi terus terpelihara, dan kemajmukan masyarakat kita menjadi kekuatan yang menyatukan,” katanya.

Penganut Kristian menyambut Good Friday hari ini, manakala Easter Sunday akan disambut pada 20 April ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here