Bayan Lepas, Jun-
Sebanyak 19 kambing mati selepas kandang menempatkan ternakan itu terbakar di Kampung Jawa, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 12.58 tengah hari.
“Kandang kambing kelas C itu musnah 90%. Hanya seekor kambing berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, kejadian turut mengakibatkan tiga kereta dan sebuah lori satu tan yang berada berhampiran kandang itu terbakar antara 30 hingga 90%.
John berkata, operasi pemadaman dilakukan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru bersama dua jentera.





















