Larikan seorang lelaki selepas pergaduhan – Polis buru 3 individu

Kuala Lumpur, Julai-

Polis sedang giat mengesan tiga lelaki disyaki melarikan seorang mangsa warga tempatan dalam insiden pergaduhan di Jalan Persiaran Puchong Permai, Puchong, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 6.38 petang bahawa seorang lelaki dibawa masuk ke dalam sebuah lori oleh beberapa individu.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian berkenaan, dan usaha mengesan ketiga-tiga suspek serta mangsa sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Azlan berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai insiden itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor G Dinesh melalui talian 011-33094457 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya (03-78627222 / 03-78627100).

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 15 saat yang memaparkan kejadian itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here