Kuala Lumpur, Sep-
Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku rasuah tanpa mengira sesiapa.
Anwar berkata setiap dakwaan perlu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beliau tidak akan campur tangan.
“Kalau ada bukti rasuah SPRM mesti ambil tindakan, jangan kira siapa kalau salah hukum penjara.“Tapi ada orang kata ini ada orang yang tak masuk. Ini bukan kerja saya, saya bukan siasat, saya bukan hakim, kita kena ikut peraturan, walaupun orang ini tak masuk, dia dah siasat.
“Kalau ada (campur tangan) itu namanya diktator,” katanya berucap dalam sebuah program di Kota Kinabalu
Dalam ucapannya, Anwar turut mengulas dakwaan rasuah membabitkan seorang pemimpin di Sabah baru-baru ini yang katanya turut disiasat SPRM.
“Ada berita seorang pemimpin Sabah baru-baru ini, ada berita baharu, terus SPRM jawab kita akan siasat. Ini cara kita,” katanya tanpa menyebut pemimpin yang dimaksudkan.





















