Banjir kilat di Meru Raya

Ipoh, Okt-
Hujan lebat yang berlaku malam tadi menyebabkan berlaku banjir kilat berdekatan Kuil Kanthan Meru Ray, dekat sini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.47 malam.

Menurutnya, banjir kilat kira-kira 0.5 meter itu menyebabkan beberapa buah kereta terperangkap.

Bagaimanapun, katanya, kesemua mangsa telah keluar daripada kenderaan masing-masing.

“Ketua Operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota membuat pemantauan bagi memastikan keadaan selamat sehingga air surut sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here