Budak tertinggal dalam kereta maut

Kuala Lumpur, Okt-
Seorang kanak-kanak perempuan ditemukan maut dalam sebuah kenderaan di Tanah Putih, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, mangsa yang berusia empat tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri oleh bapanya dalam kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Gua Musang dan disahkan meninggal dunia serta proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dijalankan pakar patologi forensik.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, bapa mangsa dikatakan tertinggal anaknya dalam kereta itu selama tiga jam selepas mereka pulang bersarapan bersama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here