Mayat wanita ditemui di kawasan semak

Kuala Lumpur, Okt-

Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan tidak berpakaian dan tangan terikat di kawasan semak berhampiran bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, jasad wanita itu ditemui orang awam yang kemudian membuat laporan pada 3.45 petang.

“Balai Polis Serdang menerima panggilan telefon berhubung penemuan mayat seorang wanita warganegara belum dipastikan dalam keadaan tidak berpakaian dan tangan diikat.

“Tinggi mangsa ialah 144 sentimeter, berambut perang dan panjang melepasi paras bahu, berkuku panjang, memakai subang perak di kedua telinga, memakai gelang kain berwarna hijau dan merah serta memiliki tatu di tangan kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati kepada pelaku sekiranya disabitkan kesalahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here