14 Acara Khas Sambut Jubli Perak Penubuhan Putrajaya

PUTRAJAYA –

Sebanyak 14 acara khas dirangka sempena sambutan jubli perak Putrajaya tahun ini bermula dari Januari hingga Ogos tahun ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad.

Beliau berkata acara kemuncak sambutan pada 29 Ogos nanti, ialah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuka kapsul masa yang ditanam beliau pada 29 Ogos 1995 di Mercu Tanda Putrajaya di Taman Putra Perdana, Presint 1, di sini.

Pada hari yang sama juga, kapsul baharu akan ditanam oleh perdana menteri dan bakal dibuka sewaktu sambutan jubli emas Putrajaya pada 2045, katanya dalam sidang media mengenai sambutan jubli perak Putrajaya di sini hari ini.

Antara acara khas lain sempena sambutan tersebut adalah Malam Deklamasi Puisi Jubli Perak Putrajaya (18 Januari), Terjun Tapak Putrajaya 2020 (1 dan 2 Februari), Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2020 (19 hingga 20 Mac), Putrajaya Silver Jubilee Edition Bridge Night Ride 2020 (11 Julai), Silver Jubilee Singgah Seni & Picnic (8 Ogos) dan “Kendurian” (8 hingga 16 Ogos).

Bersempena dengan sambutan itu juga, Khalid berkata Perbadanan Putrajaya (PPj) akan membuat penerbitan khas duit syiling peringatan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia yang akan dilancarkan perdana menteri bersama barisan menteri kabinet pada Ogos nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here