BAGI KERJA KEPADA PELARIAN – KERAJAAN TIDAK MEMUTUS LAGI

SUBANG JAYA –

Kerajaan belum mengambil keputusan terhadap melayakkan pelarian yang tinggal di negara ini untuk berkerja di sini.

Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran  berkata melantik pelarian dalam sektor kerja  itu bukanlah suatu perkara yang begitu mudah. Banyak perkara kena teliti terhadap masalah itu. Perkara itu terletak di bawah kekuasaan bidang Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata oleh kerana itu sebuah Jawatankuasa Khas yang terdiri daripada pegawai – pegawai dari beberapa kementerian bertindak untuk mengkaji perkara itu. Jawatan Kuasa itu akan berkerjasama untuk mengadakan perbincangan terhadap perkara itu dengan UNHCR,
iaitu Pesuruhjaya Tinggi Negara Negara Bersatu Khas untuk mengendalikan perkara mengenai pelarian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here