Kanak-kanak Perempuan Rentung Dalam Kebakaran

GEORGE TOWN –
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ditemukan rentung dalam sebuah bilik di tingkat atas selepas rumah teres dua tingkat yang didiami mangsa bersama keluarganya di Taman Lip Sin, Bayan Lepas. dekat sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata, mayat kanak-kanak itu, Koey Siew Kim, ditemui rentung dalam keadaan terbaring berhampiran dengan tingkap bilik itu, dipercayai cuba menyelamatkan diri dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang tadi. Pihak bomba telah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan dan sebaik tiba di lokasi, rumah teres dua tingkat itu sedang terbakar serta api marak. Kami dimaklumkan terdapat seorang kanak-kanak perempuan berada di tingkat atas.

“Bomba berusaha untuk menyelamat, namun api terlalu marak dan selepas usaha memadam api berjaya, mangsa ditemui mati dalam keadaan terbaring serta rentung,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, rumah itu didiami mangsa bersama ibu bapa, adik lelaki serta neneknya dan ketika kejadian hanya mangsa berada di tingkat atas rumah tersebut.

Soffian berkata adik lelaki mangsa berusia lima tahun dan serang ibu saudara berusia 40-an, serta neneknya yang berusia 71 tahun berada di tingkat bawah rumah dan berjaya menyelamatkan diri sebaik menyedari berlaku kebakaran di tingkat atas rumah mereka.

“Mereka cuba menyelamat kanak-kanak perempuan itu, namun api sangat marak. Semasa kejadian ibu bapa tiada di rumah kerana pergi ke sebuah pasar raya berhampiran kediaman mereka untuk membeli barang keperluan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here